Tuesday, November 11, 2014

kehilangan cinta pertama

hilangnya cinta pertamaku..
saat ini hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku.. ingin aku beritahu bahawa saat itu adalah saat yang tidak siapa pon yang mampu berkata-kata..
ceritanya pada 5 September 2014 aku dan kakak,apak, n ain mokmok pergi makan sebab payday kan.. after that aku rasa nak call abah sebab nak belanja makan tapi hanya terdetik dalam hati sahaja..
balik dari makan tue aku pon basuh kaki dan terus tido sebab penat kerja kan.. pikirkan esoknya nak kerja sebab esok ada hari potensi kanak-kanak kemas peringkat negeri, aku pon tido, iba-tiba dekngah pulak boleh bukak lampu aku bangun la kononnya nak marah sebab kacau aku tido kan tapi dekngah boleh dating depan muka aku dan kata macam nie ACHIK ABAH DAH MENINGGAL..
aku pon apa lagi terus bangun n turun katil.. aku keluar tengok kakak aku dah nangis.. aku diam lagi... aku terus mandi n pakai jubbah siap2 nak balik Pahang sebab arwah abah kat rumah mayat hospital raub time tue.. dalam kereta aku menangis lagi sebab aku rasa terkilan.. aku tak call abah terus.. aku tangguhkan benda yang baik.

sesampai di hospital raub kiteorang terus menuju ke rumah mayat.. semua dah ada kat situ.. paksu chu ani mak teh pakteh n adik-adik sepupu.. arwah abah adalah anak sulong jadi ramai la adik2 arwah yang ada kat situ.. kami adik beradik bukak la penutup muka arwah abah tue.. saat tue aku rasa nk pitam.. lamanya aku tenung. aku nak tenangkan diri n beritahu diri aku yang orang aku tenung itu adalah ARWAH AYAHANDA aku sendiri..

benar la kata orang tua-tua kalau orang yang nak meninggal nie banyak tanda yang dia tinggalkan cuma kite je yang tak sedar
1. abah rajin tido umah mak.. berbuka n sahur sesame.. YA ALLAH terima kasih ya ALLAH sebab tunaikan permintaan terakhir hambamu.. aku rajin berdoa supaya abah ada bersama saat sahur dan berbuka. itulah yang paling ketara tapi aku je tak perasan
2. abah nak ikot kemana sahaja aku dan adik beradik yang nak pergi.. pergi rumah mimi pergi tengok rumah maktam pergi jalan-jalan. semua abah nak ikot.
3.abah tinggalkan no pin abah pada kakak aku dengan pesanan macam nie " anor kalau jadi pape kat abah, amik duit abah yang dalam bank tue.. gunalah duit tu bebaik.." aku rasa macam pelik gak..

walaupun seribu petanda abah bagi achik minta maaf sebab tak sedar semua tue..
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau mendengar doa hambamu ini..
Wahai cinta pertamaku.. sesungguhnya tiap saat achik merindui abah..
abah.. andai achik dapat putar balik kembali masa yang ada.. akan achik abiskan semuanya pada abah..
abah adalah cinta yang paling best.. abah tk pernah jentik achik.. pukul achik.. sikit rasa sakit pon tk pernah abah berikan pada achik..
betul kata orang.. ayah adalah pelindung dari syurga...
abah lah pelindung achik.. tggu achik ye abah....


Saat achik sakit.. saat chik bahagia..
Abah..