Friday, June 8, 2012

apa adanya dia

kita kena menerima dia apa adanya dia
kenapa kita perlu meminta dia untuk menjadi orang lain atau pon meminta dia mengubah rupa paras atau bentuk badan. meminta dia untuk memakai tudung atau berpakaian sopan itu mang patut la jika dia itu seorang yang agak seksi. tapi jika dia sudah memakai yang sopan dan sedap mata memandang tak perlu la diubah-ubah lagi.

cinta kita adalah pada hatinya bukan pada paras rupa atau bentuk badan. untuk apa kita cintakan dia untuk itu kerana ia tidak hakiki dan tidak akan kekal selamanya.

saya bukan kata benda ini pada sesiapa. ini adalah umum ye. kenapa perlu kita sakitkan hati seseorang pada pertemuan pertama kita. awak tak pikir ke apa yang awak cakap akan lukakan hati kawan baik saya. awak, saya paham awak mungkin mahukan perempuan yang sempurna tapi apa yang awak dah cakap pada kawan saya itu dah buat dia kecik hati. awak, tolong la jaga hati dia kerana dia kan kekasih hati awak. awak, dia mungkin tak kan beritahu awak jika dia terasa dengan awak tapi awak boleh fikirkan kesan dari apa yang awak cakapkan tue. awak paham kan maksud saya. saya tak suka apa yang dah awak cakap pada kawan baik saya.
mang saya tak suka. jangan cintakan seseorang jika awak ingin dia menjadi orang lain. cinta la dia apa adanya dia dan terima buruk dia. cintai keburukan seseorang itu jika benar awak ikhlas untuk bersama dengan dia.

mungkin awak dah jemu untuk awak cerminkan diri awak sebab tue la awak kata macam tue pada kawan baik saya. awak, jika awak tue sempurna sangat awak boleh je cari perempuan yang awak rasa sempurna tapi saya nak beritahu awak, sempurna macam mane pun seseorang itu dia pasti ada kekurangan jugak. awak   saya tak pernah jumpa awak tapi sekali lagi je awak sakitkan hati kawan baik saya, saya tak kan lepaskan awak.

kata-kata ini untuk renungan awak

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman..

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha..

Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar..

Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W..



kata-kata ini jugak untuk awak


nie adalah kawan baik saya. sahabat saya.
=)